Sunday, 25 August 2013

CP : Bukit Larut


Jom!
Mendaki Bukit Larut, Taiping, Perak.
Catatan sebuah perjalanan.


Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan salah satu kawasan pelancongan kat Taiping nie. Selalunya pengunjung akan naik jeep untuk naik ke atas puncak bukit larut. Tinggi bukit larut nie 1036m dari paras laut. Aishhh kalau nak tahu sejarah sila google ye. Kali nie aku mendaki bukit larut nie berdua je dengan kawan, yang lain busy kerja dan ada yang dah balik u. Nie kalau tak salah dah kali keempat panjat bukit larut nie.


Pastikan jumpa signboard nie

 Sekitar kaki bukit

Jeep nak naik bukit larut


Okey, start dari mula. Pepagi lagi kami da keluar dari rumah sebab agak jauh la kan. Tapi kawan tu nak sarapan dlu last2 pukul 8.45pg baru start mendaki. Tengok keadaan hari tu memang tak ramai sangat orang. Selalunya kaum cina yang banyak mendaki pun. Dulu last sekali panjat ada terjumpa jalan shortcut, memang potong jauh cuma jalan dia memang curam dan mencabar habis. Dia jimat 42 tiang TNB yang ada kalau ikut jalan tu. Disebabkan nak sampai awal kami pn masuk jgk jalan tu. Ya Allah penatnya dua kali ganda, bila keluar memang macam nak tercabut lutut. Rehat terus. Kemudian kami teruskan perjalanan sehingga terjumpa Tea Garden, sebuah rumah putih yang takda orang tinggal. Selalunya rumah nie sebagai penanda yang kami dah separuh jalan untuk sampai.

Mendaki ikut jalan jeep

 Sebenarnya curam jalan tu

Di dalam jalan shortcut

Keluar dari jalan shortcut

 Pemandangan sipi2 semasa mandaki

 Belum sampai lagi nie


 Dipendekkan cerita akhirnya kami sampai kat atas pukul 11.55pg. 3jam 10min pendakian. Puas juga akhirnya bila dah sampai. Sunyi kat atas nie. Kebetulan juga ada satu group baru sampai. Lepak-lepak dulu sebelum meneruskan pendakian g kafe kat atas, nak merasa milo sejuk. Last2 tutup pulak, kempunan laa. Lepak lagi untuk menghilangkan penat sebelum nak bergerak turun nanti. Kat atas nie cuaca dah mendung, macam nak ujan. Kawan dah gelabah, nak turun naik jeep tapi aku taknak. Tak best laa.

Dah sampai pun puncak bukit larut.

 Kafe kat atas, kena mendaki lagi sikit.

Tepi tu boleh jd tempat lepak. 

Kefe tutup. Ambik kerusi lepak kat tepi.

Pemandangan dari tempat lepak tadi.

Pemandangan Bandar Taiping. Nampak laut tak di hujung sana?

Hari dah nak ujan yob.

Orang cakap ada jual bunga2. Entahla.

Kawasan kafe dan garden tadi. Atas bukit.

Tunggu sampai waktu zohor masuk, terus solat. Air kat atas nie memang sejuk, ala-ala Cameron Highland. Suasana pun nyaman dan udara dia agak sejuk juga. Boleh nampak awan separas kita, cuma mulut je tak berasap.


Dekat je awan nie. Nampak rendah.

Selesai solat kami pun turun, pukul 2pm. Dugaan waktu turun memang sakit kaki sebab kita brek. Terpaksalah jogging kat kawasan yang curam. Terasa lama nak sampai kat rumah putih tu balik. Kemudian kami ikut balik jalan shortcut td. Turun pn penat jugak la. Akhirnya sampai kat kaki bukit pukul 4.20pm. 2jam 20min. Tunggu masuk asar dlu dan berehat. Lepas solat kami terus mandi kat batu hampar, kat kawasan kaki bukit jugak laa. Sebelum balik, kami pusing-pusing kawasan sekitar Taman Tasik Taiping dan sempat pekena keow teow kerang dengan ABC.

Jalan-jalan sekitar taman tasik Taiping:


Ada bot itik kat situ.



 Kalau tak salah itu laa bukit larut.


Zoo Taiping.



Dah lepas puas makan dan jalan-jalan kat sini terus la balik. Sampai rumah dalam pukul 7 dengan kaki dah mula sakit-sakit dan sengal-sengal. 2 hari jugakla baru nak baik walaupun dah jogging sebelum g mendaki hari tu. Ingat sebelum balik u nak mendaki lagi, in sya Allah. Apa-apa pun pendakian ke bukit larut memang best.
Sekian. 

No comments:

Post a Comment